Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting
Who's Online
Kami ada 1 tamu online
Hadis Pilihan
Hadith 1
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Penyelia Asrama
EN. MOHD ZAKI BIN OTHMAN
PENYELIA ASRAMA N22

PN. SITI NURUL AIN BT MOHAMED RADZI
PENYELIA ASRAMA N17
Home

MAJLIS IFTAR JAMA'IE ASRAMA 2014

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA MURID ASRAMA TINGKATAN 5 

Semua ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 5 dijemput untuk menghadiri Majlis Iftar Jama'ie dan Solat Hajat SPM 2014.
Surat jawapan kehadiran dan sumbangan telah diberikan melalui anak-anak tuan/puan dan terima kasih diucapkan kepada yang akan hadir pada majlis tersebut. 
Insha-Allah tetamu dari Bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia akan bersama kita pada majlis tersebut.
 
HARI       : JUMAAT
TARIKH   : 18 JULAI 2014
MASA      : 6.00 PTG - 10 MALAM
TEMPAT- : DEWAN AL-MADANI, SMK SEKSYEN 18.

ATURCARA MAJLIS

6.00 .ptg  k- Kehadiran Ibu bapa/Tetamu
7.00  mlm  - Tazkirah/Tahlil ringkas
7.30  mlm  - Berbuka puasa ringkas/Solat Maghrib 
7.50  mlm  - Jamuan Makan
8.45  mlm  - Solat Isyak/Hajat/Tarawih
10.00 mlm - Moreh dan Bersurai

 

MESYUARAT AJK PEWARIS ASRAMA

 
Mesyuarat kali pertama JK Pewaris Asrama SMK Seksyen 18 telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2014 bertempat di bilik mesyuarat sekolah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh Siti Khadijah bt Awang Seman. Kehadiran semua warden dan AJK Pewaris yang dilantik dalam mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan untuk kebaikan dan kebajikan murid-murid yang tinggal di asrama 18.
     Kerjasama daripada semua ibu bapa dalam segala program yang akan dirancang amatlah diharapkan dan  semoga usaha yang dilakukan ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah bagi memberikan keselesaan kepada anak-anak yang tinggal di asrama ini.
 

TAKLIMAT PT3 DAN HARI TERBUKA TINGKATAN 3

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA MURID TINGKATAN 3 ASRAMA

Semua ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 3 tahun 2014 dijemput untuk menghadiri taklimat berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Penyerahan Rekod Pencapaian anak-anak tuan/puan. 
 
HARI       : SELASA
TARIKH   : 24 JUN 2014
MASA      : 8.00 PAGI 
TEMPAT- : DEWAN AL-MADANI, SMK SEKSYEN 18.

 

HARI BERTEMU WARIS : TERIMA KASIH PARA IBU BAPA / PENJAGA

Pihak Pengurusan Asrama SMK Seksyen 18 Shah Alam mengucapkan jutaan terima kasih kepada para waris murid asrama yang meluangkan masa untuk hadir dalam program tersebut. Hasil perbincangan dari majlis tersebut, satu jawatankuasa waris telah ditubuhkan bagi membantu pihak asrama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kecemerlangan akademik, kokurikulum, kebajikan dan lain-lain.

altalt
 
altalt
 

MINGGU BALIK BERMALAM

Dimaklumkan minggu ini adalah minggu balik bermalam. Ibu bapa boleh mula mengambil anak-anak pada Hari Jumaat (25 April 2014) selepas waktu persekolahan.

Adalah dingatkan juga bagi Ibu bapa / penjaga yang mengambil anak menggunakan kereta dan seumpamanya , kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas jam 12.30 tengahari sehingga 6.50 petang kerana sesi persekolahan masih berjalan.

 
Pentadbir
  
PN. HJH. SITI KHADIJAH BT. AWANG SEMAN
PENGETUA CEMERLANG

  
EN. MOHD RIZAL BIN MOHD SAFAAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 


TN. HJ. NORDIN BIN AHMAD KADRI
PENOLONG KANAN HEM 


EN. RAMLI BIN MOHD IDRIS
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 

PN. ROHANA BT. JAAPAR
PENOLONG KANAN PETANG 


PN. HANIZAH BT. HAMZAH
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL 

PN. SARIMAH BT. ABDUL MURAD
GKMP KEMANUSIAAN 

 

 

 

 


EN. AHMAD RIZAKI B. MOHD JAIM
GKMP SAINS & MATEMATIK 


PN. HAFIZAH BT. ABD. SAMAD
GKMP BAHASA