Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting
Who's Online
Kami ada 1 tamu online
Hadis Pilihan
Hadith 42
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi.

Hadith Hasan, diriwayatkan oleh Tirmizi.
Penyelia Asrama
EN. MOHD ZAKI BIN OTHMAN
PENYELIA ASRAMA N22

PN. SITI NURUL AIN BT MOHAMED RADZI
PENYELIA ASRAMA N17
Home

MESYUARAT AJK PEWARIS ASRAMA

 
Mesyuarat kali pertama JK Pewaris Asrama SMK Seksyen 18 telah diadakan pada hari Sabtu, 28 Jun 2014 bertempat di bilik mesyuarat sekolah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh Siti Khadijah bt Awang Seman. Kehadiran semua warden dan AJK Pewaris yang dilantik dalam mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti dan program yang boleh dilaksanakan untuk kebaikan dan kebajikan murid-murid yang tinggal di asrama 18.
     Kerjasama daripada semua ibu bapa dalam segala program yang akan dirancang amatlah diharapkan dan  semoga usaha yang dilakukan ini mendapat rahmat dan keberkatan Allah bagi memberikan keselesaan kepada anak-anak yang tinggal di asrama ini.
 

TAKLIMAT PT3 DAN HARI TERBUKA TINGKATAN 3

MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBU BAPA/PENJAGA MURID TINGKATAN 3 ASRAMA

Semua ibu bapa/ penjaga murid tingkatan 3 tahun 2014 dijemput untuk menghadiri taklimat berkaitan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Penyerahan Rekod Pencapaian anak-anak tuan/puan. 
 
HARI       : SELASA
TARIKH   : 24 JUN 2014
MASA      : 8.00 PAGI 
TEMPAT- : DEWAN AL-MADANI, SMK SEKSYEN 18.

 

HARI BERTEMU WARIS : TERIMA KASIH PARA IBU BAPA / PENJAGA

Pihak Pengurusan Asrama SMK Seksyen 18 Shah Alam mengucapkan jutaan terima kasih kepada para waris murid asrama yang meluangkan masa untuk hadir dalam program tersebut. Hasil perbincangan dari majlis tersebut, satu jawatankuasa waris telah ditubuhkan bagi membantu pihak asrama dalam hal-hal yang berkaitan dengan kecemerlangan akademik, kokurikulum, kebajikan dan lain-lain.

altalt
 
altalt
 

MINGGU BALIK BERMALAM

Dimaklumkan minggu ini adalah minggu balik bermalam. Ibu bapa boleh mula mengambil anak-anak pada Hari Jumaat (25 April 2014) selepas waktu persekolahan.

Adalah dingatkan juga bagi Ibu bapa / penjaga yang mengambil anak menggunakan kereta dan seumpamanya , kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah selepas jam 12.30 tengahari sehingga 6.50 petang kerana sesi persekolahan masih berjalan.

 

HARI BERTEMU WARIS 2014 : PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA / PENJAGA

HARI       : SABTU
TARIKH   : 19 APRIL 2014
MASA      : 8.00 PAGI - 12.00 TGH
TEMPAT- : DEWAN AL-MADANI, SMK SEKSYEN 18.

ATURCARA

8.00 PAGI   -  Ketibaan waris dan pendaftaran
9.00 PAGI   -  Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
        0          -  Bacaan Doa
        0          -  Ucapan dan Taklimat Pengetua
        0          -  Perbincangan dan sesi soal jawab
12.00 TGH  -  Bersurai

1. Semua ibu bapa / penjaga murid asrama dijemput hadir ke majlis ini.

2. Surat jawapan kehadiran dan cadangan hendaklah dikembalikan kepada warden asrama pada atau sebelum 15 April 2014.


SILA EMELKAN SURAT JAWAPAN MAJLIS TERSEBUT SEKIRANYA TUAN/PUAN TIDAK MENDAPAT MAKLUMAN DARIPADA ANAK-ANAK.

Download Surat Jawapan Kehadiran dan emelkan segera ke asrama.smkseksyen18[a]gmail.com


 
Pentadbir
  
PN. HJH. SITI KHADIJAH BT. AWANG SEMAN
PENGETUA CEMERLANG
 
 
PN. CHEEAH HALIMAH BINTI ABD TALIB
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 


TN. HJ. NORDIN BIN AHMAD KADRI
PENOLONG KANAN HEM 


TN. HJ. RAMLI BIN MOHD IDRIS
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 

PN. HJH ROHANA BT. JAAPAR
PENOLONG KANAN PETANG 


PN. HANIZAH BT. HAMZAH
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL 

PN. SARIMAH BT. ABDUL MURAD
GKMP KEMANUSIAAN
 
 
EN. AHMAD RIZAKI B. AHMAD JAINI
GKMP SAINS & MATEMATIK 


PN. HAFIZAH BT. ABD. SAMAD
GKMP BAHASA